top of page

🌡️ Cuaca Panas Tak Boleh Tahan? Nak Beli Aircond Tapi Harga Mahal? Jangan Risau – Ada Ansuran Pilihan Terbaik Untuk Anda!

  • Writer: My Lektrik
    My Lektrik
  • Sep 5
  • 1 min read

Updated: Oct 13



Sebelum VS Selepas Pasang Aircond

Cuaca di Malaysia memang terkenal panas dan lembap sepanjang tahun. Bila siang hari menjelang, suhu kadang-kadang terasa seperti berada dalam ketuhar. Tidur malam pula jadi tak lena, badan berpeluh, dan anak-anak pula meragam kerana kepanasan.

Tidak hairanlah aircond kini dianggap satu keperluan dan bukannya lagi kemewahan. Tetapi, satu cabaran besar yang selalu membantutkan niat ramai orang ialah harga aircond yang tinggi.

Kabar baiknya – di My Lektrik, anda tak perlu risau lagi! Dengan pelan ansuran fleksibel, anda boleh memiliki aircond idaman tanpa terbeban dengan bayaran penuh sekaligus.


Ansuran Fleksibel: Penyelesaian Bijak

Di My Lektrik, kami menyediakan pelan ansuran mudah supaya anda boleh terus menikmati kesejukan tanpa perlu pecah tabung.

Bayar Bulanan Rendah – Tak perlu modal besar sekaligus.

Pelbagai Pilihan Model – Dari jenama popular hingga inverter jimat tenaga.

Mudah & Pantas – Pilih, mohon ansuran, bayar deposit rendah, terus pasang.

Lebih Tenang – Urus bajet bulanan tanpa terbeban.

Harga Siap Pemasangan Standard (indoor & outdoor unit).





Non-Inverter VS Inverter Aircond

Tips Pilih Aircond Yang Sesuai

  • Pilih kapasiti (HP/BTU) ikut saiz bilik.

  • Pertimbangkan model inverter untuk penjimatan elektrik.

  • Pastikan jenama yang ada servis mudah didapati.


Cuaca panas tak boleh tahan? Jangan biarkan ia ganggu tidur dan keselesaan keluarga anda. Dengan Ansuran Mudah My Lektrik, anda boleh miliki aircond idaman hari ini juga, sambil bayar secara bulanan dengan lebih tenang.


Comments


bottom of page