Soalan Lazim (FAQ) Ansuran Barang Elektrik di My Lektrik — Semua Yang Pelanggan Ingin Tahu
- My Lektrik

- 3 days ago
- 2 min read
Mencari peralatan elektrik tetapi bajet belum cukup? Di My Lektrik, anda boleh memiliki barangan elektrik tanpa perlu bayar penuh sekaligus — semuanya melalui pelan ansuran mudah, fleksibel, dan mesra pelanggan.
Di bawah ini kami kumpulkan Soalan Lazim (FAQ) yang sering ditanya untuk membantu anda lebih jelas sebelum membuat pembelian.

1. Apa itu ansuran My Lektrik?
Ansuran My Lektrik ialah pelan bayaran mudah yang membolehkan anda membeli barangan elektrik dengan pembayaran bulanan yang rendah tanpa perlu keluarkan modal besar pada permulaan.
2. Apa syarat kelayakan untuk mohon ansuran?
Biasanya pelanggan perlu:
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
Mempunyai pendapatan (gaji / bisnes)
Menyediakan dokumen asas seperti IC & slip gaji
(Terpakai mengikut plan ansuran yang dipilih.)
3. Bagaimana proses permohonan ansuran?
Langkah mudah:
Pilih produk yang anda mahu di My Lektrik.
Klik APPLY NOW atau WHATSAPP ejen jualan kami untuk dapat bantuan.

Hantar dokumen ringkas untuk semakan kelayakan.

Jika lulus, anda hanya perlu buat bayaran deposit serendah RM50 tambah satu bulan (kecuali motor - deposit motor ikut motor model/brand) .
Barang terus diproses untuk penghantaran.
Keseluruhan proses biasanya cepat — ramai pelanggan dapat kelulusan pada hari sama.
4. Berapa lama tempoh ansuran yang tersedia?
Tempoh ansuran bergantung kepada harga barang dan plan yang anda pilih, contoh:
12 bulan
18 bulan
24 bulan
30 bulan
36 bulan
42 bulan
48 bulan
My Lektrik akan cadangkan tempoh terbaik berdasarkan bajet bulanan anda.
5. Bila barang akan dihantar selepas lulus ansuran?
Proses penghantaran biasanya akan bermula selepas bayaran pertama&deposit diterima dan perjanjian telah ditandatangani. Kebanyakan penghantaran dalam Semenanjung Malaysia mengambil masa 2–5 hari bekerja, bergantung kepada lokasi dan jenis produk.
6. Adakah My Lektrik hantar ke seluruh Malaysia?
Tidak — penghantaran tersedia hanya di Semenanjung Malaysia
7. Semua barang ada warranty?
Ya! Semua produk di My Lektrik adalah baru & original, dengan warranty rasmi daripada pengeluar seperti Samsung, Toshiba, Skyworth, Singer dan lain-lain.
Warranty biasanya meliputi:
Komponen utama
Motor / compressor
Kerosakan pembuatan
Maklumat warranty setiap produk akan dipaparkan pada halaman produk.
8. Bagaimana jika barang rosak atau ada masalah selepas penghantaran?
Jangan risau — anda dilindungi oleh:
Warranty pengeluar, dan
Servis selepas jualan My Lektrik
Jika ada isu dalam tempoh jaminan, anda boleh terus hubungi pihak kami untuk bantuan servis, claim warranty atau rujukan pusat servis terdekat.
9. Apa berlaku jika saya lewat bayar ansuran?
Untuk mengelakkan denda atau interest, pelanggan digalakkan bayar sebelum tarikh yang ditetapkan. Jika berlaku kelewatan, anda hanya perlu hubungi customer service untuk penyelarasan bayaran. Kami sentiasa cuba bantu pelanggan selagi boleh.
10. Barang apa yang boleh dibeli secara ansuran?
Anda boleh beli hampir semua barang elektrik di My Lektrik, termasuk:
Jika anda perlukan produk yang tiada di website, boleh whatsapp ejen jualan untuk banyak info.
11. Bagaimana saya boleh tanya lebih lanjut atau mohon ansuran?
Mudah!
👉 Pergi ke website: mylektrik.store
👉 Pilih produk
👉 Tekan 📞WhatsApp untuk berbual terus dengan ejen jualan kami
Team kami akan bantu dari A sampai Z.
Pelan ansuran My Lektrik adalah pilihan bijak untuk sesiapa yang mahu lengkapkan rumah tanpa bebankan kewangan. Mudah, cepat lulus dan jaminan penuh — sebab itu ramai pelanggan pilih My Lektrik.




Comments